** Borang Pendaftaran Ahli Persatuan Penternak Arnab Malaysia **

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Pendaftaran Ahli Persatuan Penternak Arnab Malaysia boleh dibuat melalui alamat web di bawah ini. http://www.emailmeform.com/fid.php?formid=507893 Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0173030433(Fahmie) atau email PersatuanArnab@gmail.com

Thursday, February 18, 2010

*.* Perkembangan Terbaru *.*

Assalamualaikum,

Hmmm... dua ari lepas saya baru jumpa dengan Bro.Joe(Pengerusi Agung-protem) MyRPA, kami selesaikan mana yang patut tentang pendaftaran MyRPA dengan ROS(register of society). Nampaknya perjalanan mendaftarkan persatuan sukar seperti yang dijangkakan awal, semalam saya pegi daftarkan, banyak jugak benda yang kena betulkan, kena tambah, kena tolak, kena edit dan segala macam kena lagi. Tapi dia(en.kerani) itu kata,
"kalau persatuan nak buat program ke, apa-apa majlis, boleh... takda masalah, cuma encik kena hantar surat rasmi kepada kami(ROS), untuk inform dan dapatkan kelulusan",
"kalau kami nak buat expo boleh?",
"BOLEH~ takda masalah, janji hantar surat rasmi, nanti lepas dah lulus register persatuan, tak perlu surat dah, ini hanya untuk tempoh protem jer..."

MyRPA juga dinasihatkan untuk mendaftarkan pertubuhan tidak bercawangan, bagi memudahkan kerja² pendaftaran dan kelulusan. Ini kerana, pertubuhan dengan cawangan ni agak rumit(23 fasal, cari pasal betul!), pertubuhan tidak bercawangan ni agak mudah sikit...(kena taip balik la perlembagaan...cis~)

Bila menggunakan penubuhan dengan cawangan, setiap cawangan yang dilantik atau ditubuhkan di negeri/tempat lain, perlu pula mendapatkan kelulusan dan pendaftaran dari ROS negeri yang diwakili. Tapi, dengan penubuhan persatuan tidak bercawangan, wakil setiap negeri dilantik berdasarkan AJK sahaja, maknanya, setiap AJK yang dilantik bolehlah mewakili negeri(alamat tempat tinggal) beliau... tak perlu daftar cawangan dengan ROS...

Berkenaan LOGO, en.Kazima dari terengganu sudahpun menyiapkan sebijik logo untuk diguna pakai, kepada sesiapa yang lain juga boleh menghantarkan logo mereka. Kalau okei dan diterima oleh semua kaum, kita akan guna logo tersebut.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih!