** Borang Pendaftaran Ahli Persatuan Penternak Arnab Malaysia **

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Pendaftaran Ahli Persatuan Penternak Arnab Malaysia boleh dibuat melalui alamat web di bawah ini. http://www.emailmeform.com/fid.php?formid=507893 Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0173030433(Fahmie) atau email PersatuanArnab@gmail.com

Sunday, December 13, 2009

Per: Yuran Keahlian MyRPA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Setelah berlangsungnya mesyuarat AJK Protem tempohari di Ayer Keroh, Melaka. Ahli mesyuarat telah memberi kata sepakat bahawa jumlah yuran keahlian (pendaftaran dan tahunan) yang ditetapkan ialah:-

Yuran Pendaftaran- RM10

Yuran Tahunan- RM40


Disebabkan sejumlah ahli seramai 60 orang telahpun membayar RM10 setiap seorang semasa perjumpaan kali pertama di Bayatech, Desa Melawati, mereka ini dikecualikan dari membayar RM10(yuran pendaftaran). Sebahagian dari kutipan tersebut telahpun digunakan bagi membayar sewaan bilik seminar sebanyak RM150.00. Bakinya akan digunakan bagi tujuan pendaftaran di ROS dan hal-hal berkaitan persatuan(cetakan borang, pembelian domain dan lain-lain).

Sekian Terima Kasih,
Yang Berkhidmat,
Ahmad Fahmi Alias
SetiaUsaha Agung(Protem)
Persatuan Penggiat Industri Arnab Malaysia,
Malaysian Rabbit Production Association
MyRPA

Saturday, December 12, 2009

*.* Keputusan Mesyuarat AJK Protem di Melaka *.*

Mesyuarat AJK protem berjalan dengan lancar, nama pertubuhan telahpon di tetapkan dengan sokongan sebulat suara AJK protem yang hadir (2/3), jadik dengan secara rasminya dan sokongan sebulat suara, MyRPA adalah sebuah pertubuhan yang kita mahukan~!
Persatuan Penggiat Industri Arnab Malaysia

Malaysian Rabbit Production Association

MyRPA

Laman Blog -
http://blogMyARPA.blogspot.com

Yuran Pendaftaran RM10,


Yuran Tahunan RM40.

Email -
persatuanarnab@gmail.com

Kepada ahli, sila daftar diri anda sebagai follower blog MyARPA.

Tuesday, December 8, 2009

*.* Mesyuarat Protem Penubuhan *.*

Sekitar mesyuarat protem penubuhan.

*.* Pagi Yang Indah - Protem Persatuan Penternak² Arnab Malaysia (Malaysia Rabbit Breeders Association) > MARBA *.*

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dan rahmatNya, pada tanggal 22 November 2009 tempoh hari, hari yang penuh sejarah, telah termakbul segala doa-doa kalian wahai kekanda-kekanda dan sahabat-sahabat untuk kita semua berpayungkan di bawah satu naungan,
dengan ini, secara rasmi nya pelantikan Ahli JawatanKuasa Penaja(Protem) bagi Persatuan Penternak-Penternak Arnab Malaysia (Malaysia Rabbit Breeders Association) MARBA.
Mesyuarat yang bermula jam 9.00pagi dengan pendaftaran ahli seramai 53orang, telahpun bermula pada 10pagi dengan pembentangan kisah pengalaman dan pengkesahan ilmu dari beberapa Otai dan disambung pula dengan perkongsian maklumat pemakanan dari Dr Jaafar (X-Mardi).

Ahli JawatanKuasa Penaja(Protem) MARBA ialah:-

Pengerusi
Saudara En. Abdul Nasir Bin Hj Ali (Joe Mendula)

Naib Pengerusi
Saudara En.Zaha Salleh (ArnabManja)

Setiausaha
Saudara Ahmad Fahmi Alias (ArnabKiut)

Penolong Setiausaha
Saudara En.Zafarin (NSRabbit)

Bendahari
Saudara Hisham (Shamza)

Senarai AJK (terbahagi setiap negeri)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Saudara En.Kamil (Abg Kay)

Johor
Mohd Fuad B Mohd Hassan

Kedah
Khairil Azuan (Dehan2)

Kelantan
Azmi b. Harun

P.Pinang
En.Mohd Rifdi

Melaka
Syakirin

Dua lagi nama ini belum sempat saya menyemak tempat yang diwakilkan..
Jamhuri Osman
Sufian


Dari posting Bro Joe Mendula(Pengerusi MARBA)
Halatuju Persatuan Persatuan Penternak Arnab Malaysia (MARBA)
  • Menyatukan golongan penternak arnab seMalaysia dibawah satu naungan.
  • Berkongsi maklumat dan bekerjasama dalam teknik penternakan, pemakanan dan pemasaran produk berasaskan arnab.
  • Mendesak penglibatan jab2 kerajaan dan agensi2 berkaitan dalam membangunkan industri ini.
  • Mencuba untuk menubuhkan koperasi bagi mengadakan bantuan kewangan bagi mereka yang memerlukan.
  • Membantu mempromosikan produk berasaskan arnab agar para penternak tidak ditindas oleh orang tengah yang tidak bertanggung-jawab.
  • Mengenalpasti baka-baka terpilih untuk jurusan pedaging dan arnab hias selain menetapkan speksifikasi ideal.
  • Menjadi rujukan atau hub kepada mana2 pihak yang mahukan supply atau mahu menjadi pembekal produk berasaskan industri arnab.
Usul-usul lain akan dibangkitkan dari masa ke semasa.