** Borang Pendaftaran Ahli Persatuan Penternak Arnab Malaysia **

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Pendaftaran Ahli Persatuan Penternak Arnab Malaysia boleh dibuat melalui alamat web di bawah ini. http://www.emailmeform.com/fid.php?formid=507893 Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0173030433(Fahmie) atau email PersatuanArnab@gmail.com

Tuesday, December 8, 2009

*.* Pagi Yang Indah - Protem Persatuan Penternak² Arnab Malaysia (Malaysia Rabbit Breeders Association) > MARBA *.*

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dan rahmatNya, pada tanggal 22 November 2009 tempoh hari, hari yang penuh sejarah, telah termakbul segala doa-doa kalian wahai kekanda-kekanda dan sahabat-sahabat untuk kita semua berpayungkan di bawah satu naungan,
dengan ini, secara rasmi nya pelantikan Ahli JawatanKuasa Penaja(Protem) bagi Persatuan Penternak-Penternak Arnab Malaysia (Malaysia Rabbit Breeders Association) MARBA.
Mesyuarat yang bermula jam 9.00pagi dengan pendaftaran ahli seramai 53orang, telahpun bermula pada 10pagi dengan pembentangan kisah pengalaman dan pengkesahan ilmu dari beberapa Otai dan disambung pula dengan perkongsian maklumat pemakanan dari Dr Jaafar (X-Mardi).

Ahli JawatanKuasa Penaja(Protem) MARBA ialah:-

Pengerusi
Saudara En. Abdul Nasir Bin Hj Ali (Joe Mendula)

Naib Pengerusi
Saudara En.Zaha Salleh (ArnabManja)

Setiausaha
Saudara Ahmad Fahmi Alias (ArnabKiut)

Penolong Setiausaha
Saudara En.Zafarin (NSRabbit)

Bendahari
Saudara Hisham (Shamza)

Senarai AJK (terbahagi setiap negeri)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Saudara En.Kamil (Abg Kay)

Johor
Mohd Fuad B Mohd Hassan

Kedah
Khairil Azuan (Dehan2)

Kelantan
Azmi b. Harun

P.Pinang
En.Mohd Rifdi

Melaka
Syakirin

Dua lagi nama ini belum sempat saya menyemak tempat yang diwakilkan..
Jamhuri Osman
Sufian


Dari posting Bro Joe Mendula(Pengerusi MARBA)
Halatuju Persatuan Persatuan Penternak Arnab Malaysia (MARBA)
  • Menyatukan golongan penternak arnab seMalaysia dibawah satu naungan.
  • Berkongsi maklumat dan bekerjasama dalam teknik penternakan, pemakanan dan pemasaran produk berasaskan arnab.
  • Mendesak penglibatan jab2 kerajaan dan agensi2 berkaitan dalam membangunkan industri ini.
  • Mencuba untuk menubuhkan koperasi bagi mengadakan bantuan kewangan bagi mereka yang memerlukan.
  • Membantu mempromosikan produk berasaskan arnab agar para penternak tidak ditindas oleh orang tengah yang tidak bertanggung-jawab.
  • Mengenalpasti baka-baka terpilih untuk jurusan pedaging dan arnab hias selain menetapkan speksifikasi ideal.
  • Menjadi rujukan atau hub kepada mana2 pihak yang mahukan supply atau mahu menjadi pembekal produk berasaskan industri arnab.
Usul-usul lain akan dibangkitkan dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih!